Tanda-tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama
ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya
selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke
hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu
Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun
yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas
Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula
membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari
sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka
yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum
kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi
kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan
maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan
kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah
waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang
iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan
sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian –
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.
No comments:
Post a Comment